Tuesday, October 3, 2023
33.4 C
Brunei

    -

    S’pura kesan dua kes pertama Omicron

    KUALA LUMPUR, 2 DIS – Kementerian Kesihatan Singapura hari ini melaporkan saringan awal telah mengesan varian baharu COVID-19, Omicron dalam dua penumpang pesawat yang tiba dari Johannesburg, kes pertama varian tersebut di negara itu dan kini menjalankan ujian lanjut untuk mengesahkan keputusan.

    Kementerian mengatakan dua warga Singapura telah pun dikuarantin sejurus ketibaan pada Rabu dan tidak berinteraksi dalam komuniti.

    Keputusan ujian saringan tindak balas berantai polimerasi sejurus ketibaan ‘mendedahkan kehadiran gen S yang gagal mencapai sasaran,’ mungkin dikaitkan dengan varian Omicron, tambahnya.

    Kementerian mengatakan 19 lagi penumpang lain dalam penerbangan sama diuji negatif bagi COVID-19 dan dikuarantin.

    Ia mengatakan dua penumpang itu masing-masing sudah divaksin dan menunjukkan simptom ringan batuk dan gatal tekak.

    Seorang adalah lelaki yang tiba di Singapura dari Mozambique, transit di Johanessburg, manakala seorang lagi adalah wanita dari penerbangan langsung Afrika Selatan. Kedua-duanya menjalani ujian saringan pra pelepasan pada Isnin dan negatif, menurut kementerian dalam satu kenyataan.

    Singapura baru-baru ini melarang kemasukan dan transit bukan penduduk dari tujuh negara Afrika. Ia juga memerlukan semua pengembara ke Singapura menjalani ujian saingan pra pelepasan dan semasa ketibaan. Negara itu juga mencatatkan kadar vaksinasi tinggi, dengan 96 peratus penduduknya yang layak telah pun diinokulasi. – AP

    Orang ramai merakamkan gambar dekorasi Krismas di dewan berlepas Lapangan Terbang Antarabangsa Changi, Singapura, 2 Disember. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    24 termasuk 12 anak damit maut dalam 24 jam di hospital

    NEW DELHI, 3 OKT - Sekurang-kurangnya 24 pesakit, separuh daripadanya anak damit baru lahir telah meninggal dunia dalam tempoh 24 jam lepas di sebuah...