S’pura lancar VTL dengan lima lagi negara

SINGAPURA, 16 NOV – Singapura akan melanjutkan pengaturan Laluan Perjalanan Vaksinasi (VTL) dengan lima lagi negara lain termasuklah India, Indonesia, Qatar, Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu (UAE), Kementerian Kesihatan menjelaskan dalam satu kenyataan dikeluarkan kelmarin.

VTL dengan India dan Indonesia akan bermula 29 November dan Qatar, Arab Saudi dan UAE akan dilancarkan pada 6 Disember.

Sehingga ke hari ini, Singapura telah melancarkan VTL dengan Australia, Brunei, Kanada, Denmark, Perancis, Jerman, Itali, Belanda, Korea, Sepanyol, Switzerland, Britain dan Amerika Syarikat, menurut kementerian kesihatan.

Singapura juga akan melancarkan VTL dengan Malaysia, Finland dan Sweden bermula 29 November ini.

Menurut kementerian kesihatan, pengembara di bawah pengaturan VTL tidak tertakluk kepada Notis Kuarantin Rumah (SHN) sejurus ketibaan. Sebaliknya, mereka dikehendaki menunjukkan ujian saringan negatif sebelum ujian pelepasan diambil dalam masa dua hari sebelum pelepasan dan menjalani ujian saringan PCR sejurus ketibaan.

Kelmarin, Kementerian Kesihatan Singapura melaporkan 2,069 kes baharu COVID-19, membawa jumlah keseluruhan kepada 239,272, manakala lapan kematian dilaporkan di negara itu, membawa jumlah kematian keseluruhan kepada 594 orang. – Xinhua