S’pura longgar sekatan pekerja asing

SINGAPURA, 9 SEPT – Singapura bakal melonggarkan sekatan pergerakan ke atas pekerja migran yang tinggal di asrama bermula minggu depan, menurut pihak berkuasa hari ini, selepas ia mengetatkan langkah itu lebih setahun dalam usahanya mengekang penularan COVID-19.

Kompleks asrama luas di negara itu menempatkan lebih 200,000 pekerja asing, kebanyakannya dari Asia Selatan. Penularan wabak berlaku di sana pada awal pandemik, sekali gus memberi tumpuan terhadap layanan kepada pekerja asing di negara itu.

Pihak berkuasa melaksanakan sekatan pergerakan pada April tahun lalu dan sejak itu pekerja hanya boleh melakukan perjalanan dari asrama ke tempat kerja sahaja.

Menteri buruh Singapura berkata, di bawah pelaksanaan program perintis dilancarkan Isnin lalu, lebih 500 pekerja yang divaksin akan dibenarkan melawat lokasi terpilih untuk tempoh enam jam setiap minggu. – AFP