S’pura longgarkan sekatan, kembali ke Fasa Ketiga

SINGAPURA, 10 JUN –  Singapura hari ini mengumumkan kembali ke Fasa Tiga bermula Isnin depan (14 Jun), menyaksikan beberapa sekatan tertentu dilonggarkan termasuk had  perhimpunan sosial ditambah daripada dua kepada lima orang.

Republik ini memasuki Fasa Dua dari 16 Mei hingga 13 Jun untuk mengurangkan peningkatan kes jangkitan dalam masyarakat.

“Dengan kekerapan saringan, pengesanan kontak yang teliti dan liputan vaksinasi lebih luas serta kes dalam masyarakat terkawal, kami akan mula melaksanakan langkah-langkah Fasa Dua,” kata Pengerusi Bersama Pasukan Petugas Pelbagai Kementerian (MTF) Gan Kim Yong pada sidang media maya hari ini.

Gan yang juga Menteri Perdagangan dan Perindustrian berkata sepanjang beberapa minggu lalu, jumlah kes COVID-19 yang berkaitan dan tidak berkaitan telah menurun secara progresif. – Bernama

Gambar fail pasangan berswafoto di Taman Merlion, Singapura dengan memakai penutup mulut dan hidung. Singapura mengumumkan ia akan melonggarkan sekatan dan kembali ke fasa ketiga bermula Isnin depan. –Xinhua