Thursday, April 25, 2024
27.9 C
Brunei

    -

    S’pura luluskan protein diperbuat daripada ‘udara’

    SINGAPURA, 28 OKT – Bermula 2024, pengguna akan dapat makan roti, pasta dan daging berasaskan tumbuhan yang diseduh dengan serbuk protein diperbuat daripada sel organisma tunggal dan udara.

    Singapura akan menjadi negara pertama mencuba protein berwarna kuning berasaskan mikrob Solein – dibuat oleh syarikat pemula Finland, Solar Food – apabila ia memberikan kelulusan pertama bagi makanan baharu.

    Syarikat itu mengatakan ciptaan itu melibatkan bertahun-tahun kajian bagi sel organisma tunggal boleh dimakan dari alam sekitar, termasuk tanah, lumpur dan permukaan hutan.

    Ia tidak membutirkan apa mikrob yang digunakan namun mengatakan ia akan diberi makan dengan gas seperti hidrogen, nitrogen dan karbon dioksida agar ia boleh membentuk asid amino, karbohidrat, lemak dan vitamin yang merupakan zat bagi manusia.

    Proses bagi serbuk Solein yang terdiri daripada 65 sehingga 70 peratus protein, agak kompleks, namun ia mengandungi semua sembilan asid amino penting diperlukan badan manusia.

    Selebihnya dalam protein alternatif itu mengandungi serat, lemak dan nutrien lain. Serbuk berwarna kuning mustard itu mempunyai rasa umami yang halus, kata ketua eksekutif Solar Food, Pasi Vainikka.

    Agensi Makanan Singapura (SFA) mengatakan ia telah menilai Solein dalam tiga tahap; keselamatan ramuan-ramuannya, proses pengeluaran dan sama ada ia memenuhi standard peraturan makanan Singapura.

    “SFA tidak menemui kebimbangan toksik dan juga telah menilai inputnya yang tidak memudaratkan manusia,” katanya. – ANN/The Straits Times

    Singapura dijangka memberikan kelulusan pertama bagi protein kuning Solein dicipta oleh syarikat pemula Finland, Solar Food. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...