Saturday, April 20, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    S’pura mudahkan rejim saringan VTL

    SINGAPURA, 21 JAN – Singapura akan memudahkan rejim ujian saringan untuk Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) udara dan darat mulai Isnin (24 Jan 2022), dengan tidak perlu lagi menjalani Ujian Pantas Antigen (ART) pada hari ketiga dan ketujuh daripada tarikh ketibaan.

    Pasukan petugas berbilang kementerian (MTF) mengenai COVID-19 juga memaklumkan bahawa pengembara tidak perlu menyerahkan keputusan ART mereka tetapi perlu diuji negatif sebelum meninggalkan tempat mereka tinggal atau menginap.

    “Kami akan memansuhkan peraturan itu. Dalam erti kata lain, pengembara akan menjalani ART kendiri tanpa pengawasan dari hari kedua hingga hari ketujuh sekiranya mereka berhasrat meninggalkan kediaman atau tempat penginapan mereka,” kata Pengerusi Bersama MTF Gan Kim Yong pada sidang media yang diadakan secara maya di sini, hari ini.

    MTF juga mengumumkan bahawa pelancong yang tiba pada Isnin dan lengkap divaksin sepenuhnya serta pulih daripada jangkitan COVID-19 – dalam tempoh 90 hari selepas terkena jangkitan, mereka akan dikecualikan daripada semua ujian dan keperluan tinggal di rumah (SHN) dengan syarat mereka dapat mengemukakan bukti yang sah.

    Pada 31 Disember 2021, Singapura mengumumkan rejim ujian saringan tujuh hari dilanjutkan hingga empat minggu bagi pengembara yang tiba melalui VTL untuk memudahkan pengesanan kes Omicron yang diimport. – Bernama

    Gambar fail keadaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, KLIA. Singapura memudahkan rejim saringan bagi VTL udara dan darat mula 24 Januari ini. –Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...