S’pura naikkan kadar cukai pelabuhan mulai 1 Jan 2022

SINGAPURA, 8 APRIL – Singapura akan menyemak semula kadar cukai pelabuhan bagi membiayai kenaikan kos operasi dan mengawal selia Pelabuhan Singapura, menurut Pihak Berkuasa Pelabuhan dan Maritim republik itu (MPA).

MPA menyatakan semakan berkenaan juga bertujuan menggalakkan pengendali kapal lebih pantas dan mengurangkan masa menunggu bagi membolehkan lebih banyak kapal dibenarkan berada di ruang berlabuh pelabuhan berkenaan.

“Duti pelabuhan membiayai penyelenggaraan laluan kapal, kos berlabuh dan alat bantuan pengemudi, perkara yang amat penting bagi keselamatan navigasi pengguna pelabuhan.

“Ia juga digunakan untuk membiayai sistem pengurusan aliran trafik kapal serta sistem lain yang disediakan untuk pengurusan perairan Singapura,” menurut kenyataan yang dikeluarkan MPA. MPA menyatakan kos berkenaan meningkat sejak kali terakhir duti terbabit disemak semula pada 2014. – Bernama