S’pura pengimport ketiga terbesar

KUALA LUMPUR, 25 OGOS – Singapura muncul sebagai negara pengimport ketiga terbesar produk minyak sawit Malaysia dengan peningkatan sebanyak 5.8 peratus daripada 650,411 tan kepada 688,457 tan di rantau ASEAN pada 2019.

Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) Datuk Ahmad Jazlan Yaakub berkata, MPOB positif eksport sawit Malaysia ke negara jiran itu akan terus meningkat terutamanya selepas pintu ekonomi kembali aktif seperti sebelum serangan pandemik COVID-19.

“Tiga eksport utama produk sawit Malaysia ke Singapura adalah minyak sawit sebanyak 361,898 tan, oleokimia 150,625 tan, produk sawit siap 136,488 tan dan selebihnya lain-lain produk sawit,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahmad Jazlan menerima kunjungan hormat Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia, Loy Hui Chien di pejabatnya hari ini. – Bernama