Saturday, August 13, 2022
24 C
Brunei

S’pura putuskan hukuman warga M’sia Selasa ini

-

KUALA LUMPUR, 26 NOV – Mahkamah tinggi Singapura akan memutuskan nasib seorang lelaki Malaysia yang dipercayai kurang upaya pembelajaran dan menanti hukuman mati, pada Selasa depan, kata keluarganya dan kumpulan hak asasi hari ini.

Perbicaraan di Mahkamah Rayuan dijadualkan pada asalnya 10 November, sehari sebelum Nagaenthran K.Dharmalingam dihukum gantung kerana cuba menyeludup kurang daripada 43 gram heroin ke dalam negara itu. Namun ia ditangguhkan selepas dia disahkan positif COVID-19, dalam satu kes yang menarik perhatian antarabangsa.

Kakaknya, Sarmila Dharmalingam mengatakan dia dimaklumkan oleh seorang peguam Malaysia yang perbicaraan akan disambung pada Selasa. Jika mahkamah menolak rayuan, Nagaenthran, 33, akan berisiko berdepan hukuman mati, yang boleh dilaksanakan secepatnya, kata kumpulan hak asasi berpangkalan di UK, Reprieve.

Adiknya, Navikumar Dharmalingam dalam satu kenyataan melalui Reprieve mengatakan bahawa keadaan mentalnya merosot teruk.

“Saya kira dia tidak tahu bahawa dia akan dihukum mati. Dia tampaknya tidak memahaminya sama sekali. Semasa saya melawatnya, dia bercakap mengenai pulang ke rumah dan makan makanan kegemaran bersama keluarga. Saya sedih bila mana dia ingat dia boleh pulang rumah,” katanya.

Warga Malaysia itu dijatuhkan hukuman mati dalam November 2010 di bawah undang-undang tegas antidadah Singapura. – AP

Gambar fail aktivis memegang pelekat dan gambar Nagaenthran di luar kedutaan Singapura di Malaysia. Mahkamah Singapura dijangka memutuskan nasib warga Malaysia itu pada Selasa ini, menurut kakaknya. – AP
- Advertisment -

DISYORKAN UNTUK ANDA

Dua beradik bersatu semula selepas 75 tahun

BHATINDA, INDIA, 12 OGOS – Air mata kegembiraan membasahi pipi seorang pekerja buruh India yang akhirnya bertemu abang tersayang dari Pakistan buat pertama kalinya...
- Advertisment -