S’pura rekod 396 kes baharu

SINGAPURA, 31 JULAI – Singapura yang memasuki minggu keenam selepas pembukaan semula aktiviti ekonomi dan sosialnya, merekodkan 396 kes baharu jangkitan COVID-19 di republik itu hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan setakat ini berjumlah 52,205 kes.

Dalam data ringkas yang dikeluarkan tengah hari ini, Kementerian Kesihatan Singapura memaklumkan sebahagian besar kes melibatkan pekerja asing yang tinggal di asrama.

“Berdasarkan siasatan kami setakat ini, terdapat tiga kes di dalam komuniti tersebut, yang semuanya adalah pemegang pas kerja,” menurut kementerian.

Kementerian itu berkata terdapat tiga kes import, yang telah diberikan Notis Duduk Di Rumah sebaik tiba di Singapura. – Bernama