S’pura sah 347 kes baharu

SINGAPURA, 14 JULAI – Singapura dalam laporan awalnya mengesahkan 347 kes jangkitan COVID-19 dengan tujuh kes berlaku dalam komuniti.

Mengikut data ringkas dikeluarkan Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) hari ini, daripada tujuh kes tersebut, satu melibatkan warga negara Singapura dan enam melibatkan pemegang pas kerja. Dengan perkembangan terkini itu menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan di dalam republik itu meningkat kepada 46,630 kes.

Kementerian itu menyatakan terdapat dua kes import melibatkan mereka yang dikenakan Notis Duduk Rumah, sebaik tiba di Singapura. Majoriti besar kes hari ini masih melibatkan pemegang pas kerja yang tinggal di asrama pekerja. – Bernama