S’pura sahkan tujuh lagi kes jangkitan

SINGAPURA, 9 FEB – Kementerian Kesihatan Singapura mengesahkan tujuh kes baharu jangkitan novel koronavirus 2019 (nCoV) di republik itu, menjadikan jumlahnya kini 40.

Lima daripadanya mempunyai kaitan dengan kes-kes yang diumumkan sebelum ini.

“Antara kes-kes baharu yang melibatkan warga Singapura, seorang pemastautin itu melibatkan pemandu teksi, dan pemandu peribadi kereta sewa,” tambahnya.

Menurut kementerian berkenaan, dua daripada kes-kes baharu yang disahkan mempunyai kaitan dengan mesyuarat perniagaan persendirian yang berlangsung di Grand Hyatt Singapore dari 20 hingga 22 Januari. – Bernama