SINGAPURA, 8 OGOS – Singapura hari ini menyeru semua pihak yang terlibat dalam serangan udara dan serangan roket di Israel dan Gaza untuk “menghentikan ketegangan dan keganasan terhadap orang awam serta berusaha ke arah gencatan senjata yang berpanjangan”.
Kementerian Luar (MFA) republik itu memaklumkan Singapura “tetap prihatin” tentang situasi semasa di Gaza dan Israel. “Kami berasa sedih dengan kehilangan nyawa orang awam yang tidak bersalah.
“Kami menyeru semua pihak untuk menghentikan serangan terhadap orang awam, meredakan ketegangan dan berusaha ke arah gencatan senjata yang berpanjangan,” kata jurucakap kementerian itu dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini. – Bernama