S’pura sesuaikan pengurusan Omicron

SINGAPURA, 27 DIS – Berikutan bukti antarabangsa menunjukkan varian Omicron COVID-19  berkemungkinan lebih mudah berjangkit tetapi kurang teruk berbanding varian Delta, dan vaksin terutama penggalak membantu melindungi dan mengurangkan kemasukan ke hospital, Singapura akan menyesuaikan pendekatannya dalam menguruskan penularan Omicron.

Selaras dengan maklumat terkini mengenai varian itu, mulai 1 Feb 2020, Kementerian Kesihatan republik itu akan menetapkan vaksinasi sebagai syarat untuk kelulusan permohonan baharu, pembaharuan pas jangka panjang, pas kerja dan penduduk tetap sedia ada.

Penyesuaian lain termasuk pembatalan sekatan perjalanan dari Bostwana, Eswatini, Ghana, Lesotho, Malawi, Mozambique, Namibia, Nigeria, Afrika Selatan dan Zimbabwe berkuat kuasa Isnin (27 Dis). – Bernama