SINGAPURA, 9 Jan – Pihak berkuasa Singapura sudah memberkas 17 orang lelaki yang didakwa mencuri minyak dari sebuah kilang penapisan minyak utama Shell dan merampas kapal minyak serta berjuta-juta wang tunai, menurut polis.
Suspek, berusia antara 30 dam 63 tahun, diberkas dalam satu serbuan di seluruh Singapura pada Ahad selepas syarikat tenaga Anglo-Dutch tersebut pertama kali melaporkannya kepada polis dalam Ogos. Beberapa orang suspek merupakan pekerja Shell.
Sejumlah Sg$3.05 juta dalam wang tunai ditemui dalam kapal minyak seberat 12,000 tan yang dipercayai polis menjadi tempat pemindahan minyak yang dicuri.
Akaun bank suspek turut dibekukan, tambah polis.
Pihak berkuasa mendakwa 11 orang lelaki di mahkamah hari ini, termasuk lapan pekerja Shell Singapura dan dua orang lelaki Vietnam—krew dan kapten kapal minyak Prime South.
Suspek ke-11 merupakan seorang warga Singapura yang tidak bekerja dengan Shell. Enam lagi yang lain masih disiasat.
Minyak dikatakan dicuri dari tapak industri Pulau Bukom di barat Singapura yang menurut Shell sebagai sebuah daripada pusat pengeluarannya yang paling penting di dunia. – AFP