Tuesday, May 30, 2023
28 C
Brunei

    -

    S’pura tarik balik isytihar kesihatan rentas sempadan

    SINGAPURA, 13 APRIL – Singapura bakal menarik balik keperluan pengisytiharan kesihatan bagi pengembara yang tiba melalui pusat pemeriksaan darat khususnya mereka yang berulang-alik merentasi sempadan setiap hari untuk bekerja dan belajar, berkuat kuasa 15 April 2022.

    Penguasa Imigresen & Pusat Pemeriksaan (ICA) menerusi laman sesawangnya memaklumkan langkah itu bagi memudahkan lagi rakyat Singapura yang lengkap vaksin COVID-19 – penduduk tetap – pemegang pas jangka panjang (LTP) memandangkan peningkatan jumlah trafik di pusat pemeriksaan.

    Bagaimanapun, masih ada beberapa syarat perlu dipatuhi, antaranya, mereka yang menerima vaksin di Singapura, status vaksinasi mesti dipaparkan dalam aplikasi TraceTogether dan/atau HealthHub.

    Sementara itu, individu yang menerima suntikan vaksin di luar negara pula perlu mengemukakan bukti vaksinasi menerusi sistem Kementerian Kesihatan Singapura untuk kemasukan pertama. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    ‘Saya sangat letih’

    SYDNEY, 29 MEI – Ketua Menteri yang popular di Australia Barat, Mark McGowan, yang mengasingkan negerinya daripada dunia semasa kemuncak pandemik COVID-19, hari ini...
    - Advertisment -