S’pura terap kaedah ujian melepasi standard

SINGAPURA, 9 JUN – Singapura sedang menerapkan pelbagai cara untuk mengesan termasuk mengekstrak sisa air dari kumbahan bagi ujian cebisan COVID-19.

Ini didedahkan oleh Menteri Pembangunan Nasional, Lawrence Wong ketika berucap dalam siaran televisyen kebangsaan mengenai ‘Living with COVID-19’ di sini, hari ini.  “Ini memberi tambahan petunjuk bagi memberitahu kita jika sesebuah kumpulan khusus seperti mereka yang tinggal di asrama, telah menyebabkan jangkitan dalam kalangan mereka,” kata Wong, yang juga pengerusi bersama pasukan petugas pelbagai kementerian berhubung COVID-19.

Sehingga 8 Jun, Singapura mengenalpasti 35,971 kes positif melibatkan pekerja asing yang ditempatkan di asrama atau 94 peratus daripada jumlah 38,296 kes COVID-19 yang dicatatkan semalam. Adalah dilaporkan bahawa pengawasan kumbahan juga diterapkan di Belanda dan Australia. Sebagai kaedah ujian yang standard, Wong berkata bahawa Republik ini dalam usaha untuk mencapai sasaran 40,000 ujian sehari pada bulan-bulan seterusnya.  – Bernama