Spurs, AC Milan mara ke kelayakan Piala Eropah

LONDON, 18 SEPT – Tottenham Hotspur memerlukan dua gol minit akhir untuk mencatat kemenangan 2-1 ke atas Lokomotiv Plovdiv dalam kelayakan Liga Eropah kelmarin, sementara AC Milan dan Rangers turut mara ke pusingan seterusnya.

Tottenham yang ketinggalan 1-0 pada minit ke-71 tetapi jaringan penyamaan Harry Kane menerusi sepakan penalti 10 minit sebelum masa tamat sebelum pemain gantian Tanguy Ndombele menjaringkan gol kemenangan lima minit kemudian untuk melayakkan Spurs mara ke pusingan kelayakan ke-3.

Plovdiv terpaksa bermain dengan sembilan orang selepas dua pemainnya dibuang padang dalam insiden yang membawa kepada sepakan penalti Harry Kane, selepas Dinis Almeida dilayangkan kad merah kerana menyentuh bola sebelum Birsent Karagaren diberikan kad kuning kedua akibat membantah keputusan pengadil. – AP

Reaksi Tanguy Ndombele selepas menjaringkan gol buat Spurs. Tottenham mara ke pusingan kelayakan ke-3 selepas mencatat kemenangan 2-1 ke atas Lokomotiv Plovdiv. – AP