LONDON, 25 Nov – Mauricio Pochettino percaya Tottenham berupaya menghasilkan ‘perkara-perkara besar’ musim ini jika mereka secara konsisten mempamerkan permainan dalam kemenangan 3-1 ke atas Chelsea di Wembley, yang jelas menggambarkan penguasaan Spurs.
Dengan meletakkan kekalahan pertama Maurizio Sarri ketika bos Chelsea itu mahu melonjak di atas pesaing London mereka di tangga ketiga dalam Liga Perdana, Tottenham tidak mungkin memulakan minggu besar dengan gaya yang lebih baik, menjelang pertembungan penting Liga Juara-Juara bersama Inter Milan dan perlawanan tetangga London Utara menentang Arsenal bakal dihadapi.
“Kami perlu merendah diri dan menyedari beraksi seperti ini kami boleh melakukan perkara-perkara besar,” kata Pochettino.
“Cabaran kami adalah untuk meneruskan persaingan dan terus berada dalam prestasi konsisten. Ia adalah cabaran kami bagi musim selebihnya.”
Kemenangan tersebut menyaksikan Spurs merapatkan kembali dengan lima mata di belakang pendahulu Manchester City dan tiga mata di belakang pasukan Liverpool di tangga kedua.
Cabaran gelaran dilihat masih jauh dari gapaian pasukan kendalian Pochettino dengan rentak berterusan yang dihasilkan oleh City, tetapi hanya kelayakan bagi persaingan Liga Juara-Juara bagi musim keempat berturut–turut dilihat sebagai kejayaan, memandangkan kesukaran kelab itu menunggu untuk berpindah ke stadium baharu dan mengalami beberapa kecederaan kepada pemain–pemain yang terlibat pada Piala Dunia.
Dele Alli adalah salah seorang dari sembilan pemain dalam skuad kendalian Pochettino yang mengalami kecederaan otot selepas beraksi di Rusia, tetapi kembali cergas dan beraksi dengan permainan terbaiknya, pemain antarabangsa England itu meletakkan Spurs di depan menerusi tandukan setelah mendapatkan sepakan bebas dari Christian Eriksen. – AFP
































