Spurs bakal hilang Kane jika gagal memenangi trofi

LONDON, 25 MAC – Penyerang Tottenham, Harry Kane akan meninggalkan kelab tahun depan jika mereka gagal memenangi trofi, penjaring gol terbanyak Liga Perdana Inggeris (EPL), Alan Shearer memberi amaran.

Kane belum mengangkat trofi dalam kerjayanya walaupun mencatat rekod pencapaian terbaik untuk kedua-dua kelab dan negaranya.

Kapten England itu tidak bermain sejak Januari lalu kerana kecederaan otot yang serius dan Tottenham telah tewas kepada Liverpool di perlawanan akhir Liga Juara-Juara musim lalu.

Itulah yang paling dekat dengan pemain berusia 26 tahun itu yang telah dicapainya dan Shearer merasakan mungkin masa Kane untuk pergi jika itu tidak berubah pada masa yang akan datang.

“Saya rasa, jika dia tidak memenangi apa-apa dalam tempoh 12 bulan akan datang, dia terpaksa berundur,” kata Shearer.

Reaksi Kane pada perlawanan yang lalu. Harry Kane akan meninggalkan kelab tahun depan jika mereka gagal memenangi trofi. – AP

“Dia akan melakukan satu tahun lagi, saya fikir dan jika dia tidak memenangi sebarang trofi, maka dia akan pergi meninggalkan kelab.”

Shearer duduk di bahagian atas carta sebagai penjaring EPL dengan 260 gol.

Ditanya jika Kane, yang kini dengan 136 gol, mungkin dapat mengatasi Shearer, yang juga merupakan bekas pemain Blackburn dan Newcastle berkata “Ia bergantung pada kecergasannya, di mana dia dan kelab mana dia berada, sama ada di Spurs atau di tempat lain.

“Ia akan menjadi sukar baginya, dia sudah menjaringkan 136 gol dan ada banyak persoalan yang ditanya jika dia kekal cergas atau jika dia kekal dalam EPL, ia akan menjadi sukar, tetapi dia akan pergi satu hari nanti.”

Kane berkata beliau berada di landasan yang sesuai apabila EPL kembali, sambil menyeru orang ramai supaya jaga diri semasa krisis virus ini.

Dia telah diketepikan sejak mengalami kecederaan ketika perlawanan pada Tahun Baharu menentang Southampton. – AFP