Spurs bangkit ikat Man City

MACHESTER, United Kingdom, 22 Jan – Pasukan Pep Guardiola, Manchester City tidak diberikan kemenangan Liga Perdana bagi merangsang moral mereka apabila Tottenham Hotspur bangkit daripada ketinggalan dua gol untuk memaksa keputusan seri 2-2 awal pagi tadi.

Kesilapan yang dilakukan oleh penjaga gol Spurs, Hugo Lloris membenarkan Leroy Sane dan Kevin De Bruyne memberikan City pendahuluan 2-0, namun pendahuluan itu dibatalkan oleh jaringan Dele Alli dan pemain gantian, Son Heung-Min bagi merebut satu mata untuk pasukan pelawat.

Tajuk perbualan utama perlawanan berlaku sejurus sebelum jaringan penyamaan Son pada minit ke-77 apabila Kyle Walker terlepas dengan satu tolakan terhadap penyerang City, Raheem Sterling di dalam petak Spurs tatkala dia menyasarkan ke arah Lloris.

Namun Guardiola berkata: “Kami tewas kerana kami terlepas banyak peluang. Apabila anda menjaringkan satu gol, pengadil tidak penting.

“Ia adalah satu perlawanan deja vu.”

Leroy Sane ketika menjaringkan gol melepasi Hugo Lloris dalam aksi Liga Perdana antara Manchester City dan Tottenham Hotspur. – AP

City, di mana pemain yang baru menandatangani kontrak dengan harga 27 juta pound, Gabriel Jesus, bermain untuk kali pertama, masih menduduki tangga kelima dan akan ketinggalan 12 mata jika pemimpin Chelsea mengalahkan Hull City pada hari ini.

Spurs kekal di tempat kedua, enam mata di belakang Chelsea, selepas terlepas kemenangan liga ketujuh berturut-turut.

Namun pengurus Spurs, Mauricio Pochettino, yang tidak mengheboh masalah hamstring yang memaksa pemain pertahanan Toby Alderweireld dikeluarkan dalam separuh masa kedua, mengalu-alu semangat juang pasukannya.

“Mereka bermain dengan lebih baik dalam separuh masa pertama dan mungkin berhak keputusan yang lebih baik lagi.

Kami bernasib baik kerana mencatat 0-0 di separuh masa pertama,” katanya.

“Kami terlepas dua gol dan adalah sukar untuk kembali, namun mereka sentiasa saling mempercayai. Ia adalah penting. Ia merupakan mata yang besar untuk kami.” – AFP