Saturday, August 13, 2022
24 C
Brunei

Spurs bangkit tewaskan Brentford

-

LONDON, 3 DIS – Antonio Conte berkata Tottenham sudah mula memahami falsafahnya selepas gol pertama Son Heung Min di Liga Perdana Inggeris (EPL) sejak Oktober membolehkan mereka mencatat kemenangan 2-0 ke atas Brentford.

Kali terakhir pasukan Conte beraksi adalah tujuh hari lalu ketika mencatat kekalahan memalukan 1-2 berdepan kelab kerdil Slovenia, NS Mura dalam saingan Liga Konferensi Europa.

Tersentak dengan kekalahan berkenaan, Conte minggu ini mengakui tugas di Tottenham adalah satu cabaran besar buat beliau.

Walaupun Tottenham masih lagi dalam proses pemulihan, Conte setidak-tidaknya berasa sedikit yakin di atas kemenangan semalam.

Gol sendiri Sergi Canos membolehkan Tottenham mendahului perlawanan pada separuh masa pertama dan Heung Min mengesahkan kemenangan mereka hasil jaringan selepas waktu rehat.

Aksi Son Heung-min (kiri) meraikan jaringan gol kedua pasukannya dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris di antara Tottenham Hotspurs dan Brentford di Stadium Tottenham Hotspurs di London pada 2 Disember. – AP

Ia adalah gol ke-75 buat Heung Min dalam saingan EPL sejak menyertai pasukan London utara itu dari Bayer Leverkusen pada 2015.

Tottenham melonjak ke tangga keenam selepas meneruskan rentak tanpa kalah tiga perlawanan di bawah kendalian Conte sejak beliau menggantikan Nuno Espirito Santo yang dipecat bulan lalu.

“Ia adalah persembahan yang baik berdepan pasukan berbahaya. Saya gembira kerana melihat komitmen dan keterujaan pemain, ia adalah reaksi yang menyenangkan.

“Pemain mula memahami falsafah saya. Dengan menguasai permainan kami boleh melakukan lebih baik tapi pada masa sama gol kedua adalah sangat menarik.

“Tiga mata adalah sangat bagus untuk keyakinan.

“Kami memulakan perjalanan baharu. Pemain menunjukkan kepada saya keinginan mereka untuk mengubah situasi,” kata Conte.– AFP

- Advertisment -

DISYORKAN UNTUK ANDA

Dua beradik bersatu semula selepas 75 tahun

BHATINDA, INDIA, 12 OGOS – Air mata kegembiraan membasahi pipi seorang pekerja buruh India yang akhirnya bertemu abang tersayang dari Pakistan buat pertama kalinya...
- Advertisment -