Spurs cuba kekang Chelsea

LONDON, 3 Jan – Tottenham Hotspur akan membalas dendam apabila berdepan pengejar rekod dan pendahulu Liga Perdana Chelsea di White Hart Lane, esok.

Chelsea bangkit daripada ketinggalan untuk menang 2-1 apabila mereka bertemu kali terakhir pada November, tetapi seri 2-2 Mei lepas dengan saingan London itu dan mengakhiri harapan gelaran Spurs, akan dijadikan pembakar semangat mereka dalam pertemuan kali ini.

Dengan Chelsea ingin mengaut lapan mata di puncak dan mengejar kemenangan ke-14 berturut-turut dalm satu pencapaian yang belum pernah berlaku dalam musim bola sepak elit Inggeris sebelum ini, saingan esok mungkin tidak seperti yang dijangka.

“Mungkin kita akan merasakan bagaimana Leicester rasakan musim lalu, apabila semua pasukan bersama mereka dan menentang kami. Mungkin sekarang kami Leicester,” kata pengurus Spurs Mauricio Pochettino, memetik pasukan yang memintas Spurs untuk menjulang kejuaraan musim lalu.

Kekalahan 2-1 Tottenham di Stamford Bridge pada November memberikan kemenangan tunggal dalam 10 perlawanan untuk semua pertandingan yang mencadangkan mereka akan berjuang untuk mengulangi eksploitasi musim lalu.

Tetapi sejak itu pasukan Pochettino telah menemui semula rentak mereka dengan memenangi lima daripada enam perlawanan liga dan menjaringkan 18 gol.

Spurs 10 mata di tempat kelima mengalu-alukan Chelsea ke utara London untuk memburu kemenangan liga berturut-turut kelima.

Kemenangan 4-1 di Watford Ahad lalu diikuti kejayaan 4-1 di Southampton, secara ringkas meletakkan Spurs dalam empat pasukan teratas, tetapi Manchester City menggantikan mereka selepas menewaskan Burnley pada Isnin.

Dele Alli yang cukup cergas berjaya menjaringkan lima gol dalam tiga perlawanan terakhir, dan dia tidak akan berpuas hati dengan apa-apa melainkan kemenangan ke atas Chelsea.

“Kami berada dalam rentak yang baik dan kami juga mempunyai keyakinan yang baik,” kata pemain tengah England itu memberitahu laman web kelab Spurs selepas kemenangan Tahun Baru di Vicarage Road.

“Ia adalah suasana yang baik di bilik persalinan. Ini adalah kemenangan penting untuk kami dan untuk mentaliti kami pergi ke perlawanan seterusnya kerana ia adalah satu permainan besar-besaran untuk kami dan amat penting untuk kami memenanginya.” – AFP