Tuesday, April 16, 2024
29.5 C
Brunei

    -

    Spurs gagal tewaskan The Blues sekali lagi

    LONDON, 24 JAN – Chelsea telah menetapkan tempat mereka dalam Liga Perdana sebagai pasukan empat teratas selepas menewaskan Tottenham 2-0 kelmarin manakala Liverpool merapatkan jurang mereka dengan Manchester City di tangga teratas kepada sembilan mata dengan kemenangan 3-1 di Crystal Palace.

    Tiga kekalahan kepada Chelsea dalam beberapa bulan kebelakangan ini telah menyebabkan Spurs berpeluang untuk naik ke dalam kelompok empat teratas dan Arsenal juga melepaskan peluang mereka ketika mereka dikecam dengan keputusan 0-0 ke atas Burnley sebagai tuan rumah.

    Chelsea telah memenangi satu perlawanan daripada tujuh perlawanan liga sebelumnya dan terkeluar daripada perlumbaan mengejar gelaran juara.

    The Blues akan mengharungi perlawanan hujung minggu ini cuba untuk mempertahankan kedudukan mereka beraksi di Liga Juara-Juara musim hadapan, tetapi membuka kelebihan sebanyak 10 mata berbanding tempat kelima hasil daripada dua gol dalam lapan minit pada permulaan separuh masa kedua.

    Spurs terkilan apabila jaringan gol Harry Kane dibatalkan sebelum separuh masa bersambung kerana mengasak Thiago Silva.

    Tetapi mereka tidak memberikan tindak balas selepas Hakim Ziyech membuka tirai dengan menjaringkan gol yang menakjubkan ke sudut atas gawang pada minit-47.

    Silva kemudian menanduk masuk sepakan percuma daripada Mason Mount untuk mengulangi mata jaringan di Stamford Bridge apabila kedua-dua pasukan bertembung di pusingan separuh akhir Piala Liga pada awal bulan ini.

    Chelsea mengejar semula untuk merapatkan jurang mata dengan pasukan di tempat kedua, Liverpool, tetapi telah bermain dua perlawanan berbanding dengan pasukan The Reds. – AFP

    Reaksi Thiago Silva selepas menjaringkan gol kedua semasa perlawanan Liga Perdana Inggeris antara Chelsea dan Tottenham Hotspur di stadium Stamford Bridge, 23 Januari. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Bot karam di Kashmir India bunuh sekurang-kurangnya 4 orang

    SRINAGAR, 16 APRIL - Sebuah bot yang membawa sekumpulan orang terbalik di sungai di Kashmir yang dikuasai India pada hari ini, menenggelamkan empat daripada...