LOS ANGELES, 12 Mei – Pasukan San Antonio Spurs memalukan Houston Rockets semalam dengan kemenangan 114-75 pada perlawanan keenam yang menghentikan musim hebat James Harden dengan mengejutkan.
LaMarcus Aldrige memperhebatkan serangan dengan menjaringkan 34 mata bagi Spurs, yang mengetepikan Rockets meskipun ketiadaan penjaring terbanyak Kawhi Leonard dan pemain pertahanan, Tony Parker.
“Semua orang bersemangat. Ia bukanlah seorang pemain yang menjaringkan 40 mata,” kata jurulatih Spurs, Gregg Popovich. “Mereka beraksi dengan baik dalam melakukan serangan dan beraksi dengan defensif, ia adalah di antara malam–malam yang terbaik.”
San Antonio memenangi siri pusingan kedua dalam perlawanan keenam dan menempah tempat ke perlawanan final playoff Western Conference, menentang Golden State Warriors, yang akan diadakan pada Ahad.
Persembahan yang mengecewakan Harden di depan penonton 18,050 Houston di arena Toyota Center adalah yang mengejutkan ketika Spurs memenangi perlawanan pusingan playoff NBA itu dengan menghasilkan kelebihan 39 mata. Catatan 75 mata Rockets adalah kedua paling rendah dalam perlawanan ketika era Harden.

Dan Spurs tidak memerlukan Parker (yang mengalami kecederaan quadriceps kiri) atau Leonard (lutut kiri) untuk melakukannya.
Jonathan Simmons menambah 18 mata dalam menggantikan tempat Leonard, sementara Patty Mills menghasilkan 14 mata dan tujuh asis.
Pau Gasol menghasilkan 10 mata dengan 11 ‘rebound’ bagi San Antonio, yang mengekori kedudukan 5-4 pada suku pertama sebelum mencatatkan kemenangan.
San Antonio menghasilkan membuat percubaan sebanyak 53 peratus dari gelanggang, menghimpunkan 60-37 kelebihan dan mengehadkan Houston kepada 28 peratus jaringan.
“Mereka merasakan teruk seperti yang saya rasakan. Ia pasti akan menyakitkan dan berpanjangan,” kata jurulatih Rockets, Mike D’Antoni. – AFP