Spurs mara menerusi sepakan penalti

LONDON, 30 SEPT – Jose Mourinho baru selesai membuat pertukaran terakhir buat Tottenham apabila Eric Dier berlari meninggalkan padang melintasi dirinya.

Dengan Tottenham ketinggalan 1-0 ke atas Chelsea kelmarin, pengurus tersebut mengejar pemain tengah tersebut di bilik persalinan.

“Dia tidak merasa gembira,” kata Dier. “Tetapi tidak ada apa-apa yang boleh saya lakukan kerana itu perkara biasa.”

Tottenham ketinggalan dengan satu gol, kehilangan seorang pemain dan tanpa pengurus di tepi padang. “Saya mendesak dia untuk kembali ke padang dengan segera,” kata Mourinho.

Dier kemudian kembali ke padang untuk membantu Mourinho menewaskan bekas pasukan yang dikendalikannya dan mara ke pusingan suku akhir Piala Liga dalam musim penuh pertamanya bersama Tottenham.

Reaksi pasukan Tottenham Hotspur selepas memenangi perlawanan Piala Liga menantang Chelsea. – AP

Jaringan Erik Lamela untuk menyamakan kedudukan pada minit ke-83, selepas Timo Werner berjaya menjaringkan gol pada separuh masa pertama.

Perlawanan kemudian diteruskan dengan penentuan sepakan penalti selepas tamat 90 minit permainan.

Tottenham berjaya menjaringkan kelima-lima gol dalam penentuan penalti sebelum tendangan Mason Mount singgah ke tiang gol.

Tottenham mara ke pusingan seterusnya menerusi penentuan penalti 5-4 untuk memberikan kemenangan ke atas pasukan bimbingan Jose Mourinho selepas wisel penamat.

Dier telah dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan. Kali terakhir Tottenham berada di penentuan penalti mereka tewas dalam Piala FA menentang Norwich pada Mac sebelum musim digantungkan akibat koronavirus – Dier berlari ke arah tempat duduk peminat dan bergaduh dengan seorang peminat dan telah digantung selama empat perlawanan.

“Selepas bermain pada Ahad dan malam ini, ia bukanlah mudah,” kata Dier.

Piala Liga merupakan trofi pertama yang dirangkul oleh Mourinho sebagai pengurus Chelsea pada 2004 sebelum meraih kejuaraan Liga Perdana Inggeris dua tahun berturut-turut semasa tempoh pertamanya bersama kelab. – AP