Friday, April 19, 2024
23.5 C
Brunei

    -

    Spurs sedia uji kemampuan Chelsea

    MANCHESTER, 12 OGOS – Tottenham berjaya meneruskan kecemerlangan pra musim untuk mencabar gelaran Liga Perdana Inggeris dengan menerajui carta liga pada minggu pembukaan musim ini, tetapi mereka berdepan ujian besar dengan berkunjung ke Chelsea, Ahad ini.

    Antonio Conte diberikan sokongan dalam musim penuh pertamanya sebagai pengurus Spurs dengan membawa masuk Richarlison, Yves Bissouma, Ivan Perisic, Djed Spence, Clement Lenglet dan Fraser Foster semasa jendela perpindahan kali ini. Namun tiada muka baharu diturunkan semasa perlawanan mengagumkan 4-1 ke atas Southampton dan ini menunjukkan kekuatan dalam skuad yang boleh ditawarkan.

    Spurs, walau bagaimanapun, hanya sekali mencatatkan kemenangan di Stamford Bridge dalam tempoh 32 tahun dan dengan menewaskan The Blues akan memberikan amaran awal bahawa mereka ingin merapatkan jurang dengan Manchester City dan Liverpool.

    Chelsea juga memulakan musim ini dengan kemenangan tipis selepas berjaya menundukkan Everton 1-0 hasil jaringan penalti oleh Jorginho.

    Thomas Tuchel mendesak pasukannya untuk meningkat pada hujung minggu ini, tetapi percaya prestasi Chelsea akan bertambah baik selepas keadaan tidak menentu pada 2022 yang menyaksikan kelab itu dikenakan sekatan sebelum konsortium Todd Boehly mengambil alih daripada Roman Abramovich.

    Pemilik warga Amerika Syarikat itu tidak menunggu lalu untuk menyokong Tuchel membuat pembelian dengan membawa masuk Raheem Sterling, Kalidou Koulibaly, Marc Cucurella dan Carney Chukweumeka. Dan Sterling percaya Chelsea juga merupakan pasukan teratas ketika dia menyatakan hasratnya untuk meninggalkan Manchester City, kelmarin.

    “Jika awda lihat Chelsea dalam beberapa tahun kebelakangan, mereka bermain dalam empat atau lima aksi final,” kata pemain penyerang kebangsaan England itu. – AFP

    Pemain pasukan Tottenham Hotspur ketika meraikan gol kedua semasa Liga Perdana Inggeris di Stadium Tottenham Hotspur, London. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Pengawal dari Pakistan tuntut kewarganegaraan

    SYDNEY, 18 APRIL - Perdana menteri Australia hari ini berkata beliau akan mempertimbangkan untuk memberikan kewarganegaraan kepada seorang pengawal keselamatan Pakistan yang cedera dalam...