Spurs tanpa aksi Son untuk baki musim ini

LONDON, 19 FEB – Penyerang Tottenham, Son Heung-min akan ketepikan untuk baki musim ini setelah mengalami kecederaan patah tangan kanan, menurut ketua jurulatih Jose Mourinho pada Selasa lalu.

Son mengalami kecederaan patah tangan kanan tersebut sewaktu perlawanan Liga Perdana Inggeris Ahad lalu menentang Aston Villa, dan Tottenham pada mulanya merasakan pemain kelahiran Korea Selatan tersebut hanya akan diketepikan untuk beberapa minggu sahaja.

Akan tetapi setelah membuat penilaian, Mourinho dilihat lebih berhati-hati dengan tempoh rawatan Son untuk kembali ke padang.

“Saya tidak akan mengharapkan beliau akan bermain lagi pada musim ini,” jelas Mourinho dalam sidang media sebelum perlawanan Tottenham di Liga Juara-Juara menentang RB Leipzig. “Kelmarin (kami) menerima berita buruk – perkara pertama yang membuatkan hati kami kecewa dan perkara kedua memecahkan pasukan kami. Tapi kami mesti kembali semula dan terus bangkit dan kami mesti berjuang dengan pasukan yang sedia ada.”

Son menerima kecederaan pada minit pertama perebutan bola dengan pemain Aston Villa, Ezri Konsa tetapi beliau mampu menghabiskan 90 minit perlawanan dan berjaya menjaringkan dua gol.

Beliau akan menjalani pembedahan pada minggu ini, menurut Tottenham. – AP