Square beli aplikasi Afterpay AS$29 bilion

PARIS, 4 OGOS – Pengambilalihan aplikasi ‘beli sekarang, bayar kemudian’ Australia, Afterpay oleh syarikat AS, Square, bernilai AS$29 bilion, telah memberi perhatian kepada sektor yang berkembang pesat dan menarik perhatian pengawal selia.

Aplikasi yang berpusat di Sydney berusia tujuh tahun yang membolehkan pengguna melunaskan pembelian yang angka kecil secara ansuran menyasarkan kepada milenial yang menerapkan gaya hidup tanpa tunai.

Kini mempunyai lebih daripada 16 juta pengguna di seluruh dunia dan bekerja dengan hampir 100,000 peruncit. Afterpay adalah aplikasi ‘beli sekarang, bayar kemudian (BNPL)’ yang paling terkenal, di samping Klarna di Sweden.

Kejayaannya menarik perhatian Square, platform pembayaran digital milik ketua Twitter, Jack Dorsey, yang mengumumkan perjanjian mega itu Ahad lalu.

Tetapi syarikat nama besar lain juga bersaing untuk mendapatkannya termasuk perkhidmatan pembayaran elektronik PayPal, peruncit dalam talian Amazon dan bank. – AFP