Oleh Lyna Mohamad
Gambar oleh Hardy A.J
BANDAR SERI BEGAWAN, 6 Ogos – Sekolah Rendah (SR) Haji Mohd Salleh, Sungai Hanching hari ini mengadakan Hari Keluarga yang diselajurkan dengan bazar amal buat pertama kalinya dengan kerjasama Shinaf Event Management dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah itu yang berlangsung di sekolah tersebut.
Hari keluarga tersebut bertujuan mengukuhkan hubungan silaturahim antara pelajar, ibu bapa, warga sekolah dan orang ramai selain menjana dana dan kerja-kerja kebajikan yang dipenuhi dengan pelbagai aktiviti menyeronokkan.
Selain jualan minuman dan makanan, ia juga menjual pakaian, mainan dan yang lainnya. Ia juga dimeriahkan dengan peraduan mewarna, permainan berkonsepkan keluarga dan juga cabaran lainnya.
Menurut jurucakap Shinaf Event Management, sebanyak 20 peratus daripada jualan di acara itu akan disumbangkan kepada anak yatim piatu yang belajar di sekolah tersebut.

