SR YSHHB rai 62 pelajar cemerlang

Oleh Salawati Haji Yahya

BANDAR SERI BEGAWAN, 25 NOV – Seramai 62 orang pelajar cemerlang Sekolah Rendah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (SR YSHHB) telah diraikan pada Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang Peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah (PSR) 2019 yang berlangsung di dewan sekolah berkenaan, hari ini.

Pada majlis itu, penyampaian hadiah dan sijil kepada para pelajar cemerlang telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Sekolah YSHHB, Mohamed Fliti Abdel Majid.

Pengetua SR YSHHB, Hajah Mariam bin Haji Ladi dalam ucapannya antara lain menggariskan pencapaian sekolah dalam PSR 2019 yang menurut beliau telah menyaksikan 136 orang pelajar telah mencapai 100 peratus lulus dengam mendapat gred A hingga D.

Beliau seterusnya menambah, daripada jumlah tersebut, 132 orang pelajar telah mencapai 97.8 peratus gred A hingga C di mana peningkatan sebanyak 6.1 peratus berbanding
2018.

Manakala itu, seramai 62 pelajar atau 45.9 peratus pelajar mendapat gred A dalam lima mata pelajaran yang menunjukkan peningkatan sebanyak 2.7 peratus dan 29 pelajar atau 21.5 peratus telah mencapai gred A dalam empat mata pelajaran yang mana 26 daripada mereka telah mendapat 4A dan 1B dan tiga lagi pelajar mendapat 4A dan 1C.

Salah seorang pelajar cemerlang menerima anugerah yang disampaikan oleh Mohamed Fliti.