Saturday, April 20, 2024
24 C
Brunei

    -

    SR YSHHB rai pelajar cemerlang 2021

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 OGOS – Seramai 82 orang pelajar telah diraikan dalam Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang 2021, Sekolah Rendah Yayasan Sultan Haji Hassnal Bolkiah (SR YSHHB) yang berlangsung di dewan serba guna sekolah berkenaan, baru-baru ini.

    Hadir menyampaikan hadiah kepada pelajar cemerlang yang diraikan itu ialah Penolong Pengarah Urusan Agensi Pelaburan Brunei (BIA), Awang Ahmad Jefri bin Abdul Rahman.

    Pengetua SR YSHHB, Hajah Mariam binti Haji Ladi dalam ucapannya antara lain mengongsikan pencapaian pelajar Tahun 6 sekolah berkenaan bagi 2021 terutama dalam masa berhadapan dengan pandemik COVID-19.

    Beliau seterusnya menjelaskan, daripada 161 orang pelajar yang menduduki peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah (PSR), 99.4 peratus pelajar lulus dengan gred A hingga D dalam kelima-lima mata pelajaran manakala pelajar yang memperolehi gred A hingga C pula sebanyak 96.9 peratus.

    “Seramai 82 orang pelajar telah memperolegi gred 5A dalam lima mata pelajaran iaitu 51 peratus daripada jumlah pelajar dan peratus ini telah mencapai sasaran sekolah iaitu sebanyak 50 peratus mencapai gred 5A,” tambahnya.

    Beliau turut menjelaskan, sepanjang 20 tahun mendu-duki peperiksaan PSR, ini merupakan kali keempat sasaran sekolah tercapai iaitu bermula pada 2022 iaitu sebanyak 53 peratus diikuti pada 2008 dengan 55 peratus seterusnya 2020 sebanyak 54.1 peratus dan pada 2021 mencapai sebanyak 50.9 peratus.

    Bukan itu sahaja, tambahnya, kualiti pencapaian pelajar yang mendapat gred A hingga C dan gred A bagi mata pelajaran juga di tahap cemerlang.

    Majlis turut diserikan dengan nyanyian lagu kebangsaan dan lagu sekolah oleh pelajar sekolah berkenaan.

    Salah seorang pelajar cemerlang yang diiringi oleh ibu bapanya menerima anugerah yang disampaikan tetamu kehormat majlis.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...