Wednesday, November 30, 2022
29.4 C
Brunei

-

SR YSHHB raikan 153 pelajar Tahun 6

Oleh Salawati Haji Yahya
Gambar oleh Rokiah Mahmud

BANDAR SERI BEGAWAN, 24 NOV – Seramai 153 orang pelajar Tahun 6 Sekolah Rendah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah(SR YSHHB) telah diraikan dalam Majlis Konvokesyen, Penyampaian Hadiah dan Sijil Pelajar Terbaik Tahun 6, 2022, hari ini.

Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyampaikan sijil dan hadiah kepada pelajar yang diraikan di Dewan An-Naura, Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (Yayasan) di ibu negara itu ialah Penolong Pengarah Urusan (Perkhidmatan Korporat) Yayasan, Awang Abdullah @ Dollah bin Haji Ahad.

Pengetua SR YSHHB, Hajah Mariam binti Haji Ladi dalam ucapannya antara lain mengucapkan tahniah atas pencapaian cemerlang para pelajar dan usaha guru-guru terutama guru-guru Tahun 6 yang memberi tumpuan kepada Peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah (PSR) serta dalam pengajian agama.

Beliau berkata, kejayaan dan kecemerlangan yang dicapai oleh para pelajar adalah usaha kolektif yang ditunjukkan oleh guru dan ibu bapa dalam mendidik, menggalakkan, menyokong dan pengorbanan untuk pelajar.

Majlis juga menyaksikan penyampaian sijil penghargaan kepada guru-guru Tahun 6 atas komitmen mereka dalam membimbing pelajar sekolah berkenaan.

Awang Abdullah @ Dollah menyampaikan sijil kepada salah seorang pelajar.
Wajah-wajah ceria pelajar yang diraikan pada majlis itu.

 

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Jutaan rakyat Bangladesh hilang tempat tinggal

DHAKA, 29 NOV – Berjuta-juta orang di Bangladesh hilang tempat tinggal dan mata pencarian akibat kesan perubahan iklim tahun ini hingga menyebabkan penghijrahan dalam negeri...

Polis kawal bandar utama China

- Advertisment -