Tuesday, April 16, 2024
29.5 C
Brunei

    -

    Sri Lanka bayar semula hutang selepas enam bulan

    COLOMBO, 19 MEI – Sri Lanka akan mengambil tempoh kira-kira enam bulan lagi untuk memulakan pembayaran semula hutang-hutangnya, kata bank pusat hari ini ketika kerajaan itu menutup sekolah kerana kekurangan minyak.

    Gabenor Bank Pusat Sri Lanka, Nandalal Weerasinghe berkata tidak akan ada perkhidmatan hutang sehingga negara dapat menstruktur kembali hutang luaran berjumlah AS$51 bilion.

    “Kami berharap dapat mencapai persetujuan dengan pemberi hutang kami dalam masa kira-kira enam bulan,” kata Weerasinghe.

    “Kedudukan kami sangat jelas. Sehingga mereka mempersetujui penstrukturan semula, kami tidak akan dapat membayarnya,” katanya.

    Wickremesinghe hari ini meminta kakitangan sektor kerajaan untuk berada di rumah esok dan mengambil cuti panjang ketika negara itu berdepan kekurangan teruk petrol.

    Kerajaan juga menutup sekolah awam bermula Jumaat kerana krisis minyak yang telah membawa kepada barisan panjang bagi membeli stok simpanan minyak. – AFP

    Pemandu berbaris di sepanjang jalan untuk membeli minyak di Colombo pada 18 Mei. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Bot karam di Kashmir India bunuh sekurang-kurangnya 4 orang

    SRINAGAR, 16 APRIL - Sebuah bot yang membawa sekumpulan orang terbalik di sungai di Kashmir yang dikuasai India pada hari ini, menenggelamkan empat daripada...