Sri Lanka bergelut bayar hutang

COLOMBO, 10 Jan – Perdana Menteri Sri Lanka hari ini berkata, negaranya sedang bergelut untuk membayar balik hutang luar dan menyalahkan krisis politik baru-baru ini sebagai punca negaranya gagal menangani ‘tamparan maut’ kepada ekonomi.

Ranil Wickremesinghe berkata kerajaannya bergegas untuk mencari AS$1.9 bilion bagi membantu pembayaran hutang pertama sebanyak AS$2.6 bilion yang perlu dilangsaikan Isnin ini.

Sri Lanka berdepan masalah tunai turut berdepan masalah untuk membayar balik hutangnya sebanyak AS$5.9 bilion pada 2019.

Negara itu juga kehilangan AS$1 bilion rizab asing semasa perebutan kuasa antara Wickremesinghe dan Presiden Maithripala Sirisena pada penghujung 2018.

Sirisena memecat Wickremesinghe pada Oktober dan membubarkan parlimen kemudian untuk membunuh pembangkang tetapi mahkamah Sri Lanka menganggap tindakan beliau tidak mengikut perlembagaan.

Seorang buruh menolak pedatinya di Colombo pada hari pertama tahun 2019. Sri Lanka bergelut untuk membayar balik hutang luar sebanyak AS$2.6 bilion yang perlu dilangsaikan Isnin ini. – AP

Wickremesinghe telah dilantik semula 51 hari kemudian tetapi tidak semudah yang disangka, kata Perdana Menteri.

“Kami belum mengira kerugian itu tetapi ia merupakan tamparan hebat kepada ekonomi yang sedang berjuang untuk pulih,” kata Wickremesinghe kepada parlimen.

Tiga agensi penarafan global menurunkan Sri Lanka semasa krisis, menjadikan negara Lautan Hindi itu lebih sukar untuk mendapatkan pinjaman asing.

Sri Lanka berharap dapat mencari AS$1 bilion daripada pasaran hutang antarabangsa, AS$500 juta lagi dari China dan Jepun serta lebih AS$400 juta dari Reserve Bank of India.

Wickremesinghe telah menghantar menteri kewangannya ke Washington bagi cubaan untuk menyusun semula pinjaman dengan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) yang digantung semasa kekacauan.

Sri Lanka hampir gagal mengawal hutangnya selepas pentadbiran reformasi Wickremesinghe memperkenalkan pelan akhir bulan lalu bagi memenuhi kewajipan perbelanjaan yang mendesak untuk empat bulan pertama tahun ini.

Sirisena berkuasa pada 2015 dengan bantuan Parti Kebangsaan Bersatu Wickremesinghe tetapi pertembungan peribadi dan politik muncul sebelum beliau dipecat pada Oktober. – AFP