Thursday, October 10, 2024
30.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sri Lanka berkas peramal kematian presiden

    COLOMBO, Sri Lanka, 1 Feb- Seorang peramal yang membuat beberapa ramalan bahawa Presiden Sri Lanka, Maithripala Sirisena akan mati telah ditahan, kata polis hari ini.

    Kebanyakan rakyat Sri Lanka mengikuti nasihat ahli nujum itu, dan suspek, Vijitha Rohana Wijemuni, bekas seorang kelasi tentera laut yang disabitkan cubaan membunuh bekas Perdana Menteri India, Rajiv Gandhi pada 1987.

    Plice Media Division berkata Wijemuni ditahan malam semalam atas dakwaan membuat ramalan salah dan ulasan yang akan mengelirukan orang ramai.

    Wijemuni menerbitkan beberapa video dalam Facebook yang meramalkan Sirisena akan mati akibat sakit atau kemalangan sebelum 27 Januari.

    Ramalannya membangkitkan kebimbangan terhadap pegawai-pegawai tertinggi kerajaan, dan Setiausaha Kementerian Media, Nimal Bopage meminta polis pada Disember lalu untuk menyiasat.

    Dalam sepucuk surat yang dihantar kepada ketua polis, Bopage berkata dia mengesyaki kemungkinan rampasan kuasa dan percubaan bunuh adalah di sebalik kempen Wijemun itu dalam internet beberapa bulan lalu. Dia adalah satu-satunya yang disiasat, walaupun kerajaan tidak menyatakan jika dia dirasakan bertindak bersendirian. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda