Friday, March 24, 2023
22.9 C
Brunei

-

Sri Lanka cari bekalan minyak lebih murah

COLOMBO, 26 JUN – Sri Lanka hari ini mengumumkan ia akan mengutus menteri-menterinya ke Rusia dan Qatar dalam usaha cuba untuk mendapatkan harga minyak yang lebih murah sehari selepas kerajaan memberitahu ia telah kehabisan bekalan.

Sementara itu kerajaan melanjutkan penutupan selama dua minggu bagi institusi kurang penting sehingga notis dimaklumkan kelak bagi menjimatkan penggunaan minyak petrol, dan hanya sebilangan kecil kakitangan dibenarkan bertugas bagi memberikan perkhidmatan secara minimum.

Menteri Tenaga, Kanchana Wijesekera berkata dua orang menteri akan berlepas ke Rusia pada Isnin bagi membincangkan untuk mendapatkan lebih banyak minyak selepas pembelian 90,000 tan minyak mentah Siberia bulan lalu.

Penghantaran telah diaturkan menerusi Coral Energy, yang berpangkalan di Dubai, namun ahli politik menggesa pihak berkuasa untuk berunding secara terus dengan kerajaan Presiden Vladimir Putin.

“Dua orang menteri akan berlepas ke Rusia dan akan singgah ke Qatar esok bagi mengadakan rundingan,” Wijesekera memberitahu wartawan di Colombo. Wijesekera kelmarin mengumumkan bahawa Sri Lanka kehabisan bekalan petrol dan diesel selepas beberapa penghantaran yang dijadualkan tertunda disebabkan oleh faktor ‘perbankan’.

Rizab bekalan minyak hanya cukup untuk memenuhi keperluan kurang daripada dua hari dan ia hanya digunakan untuk perkhidmatan penting, kata Wijesekera sambil membuat permohonan maaf atas kesulitan tersebut. – AFP

Penduduk Sri Lanka menghalang laluan jalan sebagai tanda protes atas kekurangan bekalan minyak di stesen minyak di Colombo. Sri Lanka akan mengutus menteri-menterinya ke Rusia dan Qatar dalam usaha cuba untuk mendapatkan harga minyak yang lebih murah – AFP
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Korea S, Jepun tingkat kerjasama

TOKYO, 23 MAC - Jepun dan Korea Selatan hampir serentak menarik tuntutan eksport mereka terhadap satu sama lain sebagai tanda terbaharu hubungan yang bertambah...
- Advertisment -