COLOMBO, 29 NOV – Sri Lanka sedang menyiasat peningkatan mendadak dalam insiden letupan di dalam dapur akibat gas masakan yang dilaporkan meragut satu nyawa dan mencederakan berbelas lagi yang lain, parlimen dimaklumkan hari ini.
Pulau itu kini dibelenggu krisis ekonomi dengan kekurangan serius bahan api fosil dan barangan penting lainnya kerana rizab mata wang asingnya yang berkurangan.
Ahli parlimen pembangkang menyalahkan peningkatan kepekatan Apropana dalam silinder gas cecair petroleum (LPG) digunakan untuk memasak, berkaitan dengan butana yang lebih mahal. Kerajaan kini sedang menyiasat pembekal LPS selepas berbelasan letupan dikaitkan dengan gas masak, menteri hal ehwal pengguna, Lasantha Alagiyawanna memberitahu parlimen. – AFP