Wednesday, April 24, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Sri Lanka gantung perniagaan saham

    COLOMBO, 17 APRIL – Bursa Saham Colombo (CSE) semalam mengumumkan penggantungan perniagaan selama lima hari selepas Sri Lanka menambah kadar faedah dan mengisytiharkan kegagalan membayar hutang luarnya semasa cuti Tahun Baharu.

    Pasaran dijangka dibuka semula pada Isnin selepas ditutup sepanjang minggu untuk cuti berkenaan, namun CSE berkata ia akan kekal ditutup dari Isnin hingga Jumaat disebabkan ‘situasi yang berlaku dalam negara sekarang.’

    Tindakan tersebut diambil sebelum rundingan Sri Landa dengan Tabung Mata Wang Antarabangsa dirancang diadakan di Washington esok untuk berunding jaminan keluar ketika negara kehabisan tukaran asing untuk membiayai import paling asas.

    Broker telah menjangka saham terjejas esok, selepas bank pusat hampir menambah dua kali ganda kadar faedahnya kepada 14.5 peratus selepas ditutup pada 8 April, hari terakhir perniagaan sebelum cuti.

    Berdepan dengan krisis tukaran asing yang tidak pernah berlaku sebelum ini, kerajaan pada Selasa mengumumkan ia menggantung faedah dan bayaran modal ke atas hutang asingnya.

    CSE berkata pengawal selia percaya menjadi kepentingan ‘peserta pasaran sekiranya mereka diberikan peluang untuk mempunyai lebih pemahaman mengenai keadaan ekonomi semasa.’

    Negara pulau itu bergelut dengan kemelesetan ekonomi paling teruknya sejak mencapai kemerdekaan pada 1949, dengan bekalan elektrik terputus dan kekurangan makanan dan bahan api yang teruk selain inflasi tinggi.

    Indeks Semua Saham CSE merosot lebih 38 peratus dalam tempoh tiga bulan lalu, sementara mata wang rupee Sri Lanka merosot lebih 35 peratus berbanding dolar AS sejak sebulan lalu. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...