Friday, April 26, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Sri Lanka kerah tentera tangani keganasan

    COLOMBO, 11 MEI – Pihak berkuasa Sri Lanka mengerahkan kenderaan berperisai dan askar di jalan-jalan di ibu kota hari ini, dua hari selepas kumpulan pro kerajaan menyerang pembantah aman, mencetuskan keganasan di seluruh negara.

    Pihak keselamatan telah diarahkan untuk menembak sesiapa sahaja yang dianggap mengambil bahagian dalam keganasan, ketika perbuatan membakar dan vandalisme berterusan meskipun perlaksanaan perintah berkurung ketat di seluruh negara bermula malam Isnin.

    Pembantah antikerajaan mendesak pengunduran presiden Gotabaya Rajapaksa dan adiknya, yang meletak jawatan sebagai perdana menteri pada minggu ini, mengenai krisis hutang yang menyebabkan Sri Lanka hampir muflis dan mengakibatkan penduduk berdepan kekurangan bekalan minyak, makanan dan barangan asasi yang lain. Sejak beberapa hari kebelakangan, lapan orang terkorban dan lebih 200 orang mengalami kecederaan dalam serangan ganas yang mana kumpulan perusuh membakar bangunan dan kenderaan.

    Trak berperisai dan tentera telah dikerahkan di beberapa kawasan di Colombo. Sebilangan pembantah yang ingkar perintah berkurung berkumpul semula di luar pejabat presiden untuk terus berdemonstrasi yang bermula lebih tiga minggu lalu.

    Video yang dimuat naik di media sosial menunjukkan trak tentera beratur keluar dari ibu kota, bersama-sama tentera yang menunggang motosikal, dan mendirikan tempat pemeriksaan di seluruh negara di tengah-tengah kebimbangan mengenai kehilangan kuasa politik yang boleh membawa kepada pengambilalihan oleh tentera. – AP

    Anggota tentera berdiri berhampiran kenderaan berperisai di Colombo bagi membantu mengawal keadaan di Sri Lanka.- AFP
    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Menteri India pengsan semasa berkempen kerana cuaca panas

    NEW DELHI, 25 APRIL - Seorang menteri India telah pengsan semasa berucap pada perhimpunan pilihan raya kerana cuaca panas ketika biro cuaca negara itu...