Tuesday, April 16, 2024
36 C
Brunei

    -

    Sri Lanka mansuh larangan ke atas Qatar Charity

    NEW DELHI, 30 JUN – Sri Lanka memaklumkan kerajaan telah menarik balik larangan ke atas Qatar Charity, sebuah pertubuhan kemanusiaan terkemuka yang telah dikenakan sekatan pada 2019.

    Menteri Sumber dan Tenaga Sri Lanka, Kanchana Wijesekera telah mengadakan pertemuan dengan pegawai Qatar Charity di Doha pada Rabu dan membincangkan gerak kerja organisasi itu di Sri Lanka.

    “Kementerian Pertahanan telah memaklumkan kepada Peguam Negara larangan ke atas organisasi itu telah ditarik balik,” kata Wijesekera menerusi ciapannya hari ini. Bergelut untuk mendapatkan bekalan bahan api, ubat-ubatan dan barangan keperluan lain akibat krisis kewangan yang tidak pernah berlaku sebelum ini, Sri Lanka telah menghubungi negara-negara Islam yang kaya itu untuk mendapatkan bantuan.

    Qatar Charity telah membantu 29 juta orang dan melaksanakan projek pembangunan bernilai AS$1.2 bilion di seluruh dunia dalam tempoh lima tahun lalu, berdasarkan maklumat di laman sesawangnya. Wijesekera turut mengadakan pertemuan dengan Menteri Buruh Qatar Ali Bin Saeed Bin Smaikh Al Marri untuk meneroka peluang pekerjaan baharu bagi rakyat Sri Lanka.

    Dalam pertemuan dengan Menteri Hal Ehwal Tenaga Qatar, Saad Bin Sherida Al Kaabi sebelum ini, kedua-dua pihak turut membincangkan mengenai pembekalan produk petroleum, gas petroleum cecair (LPG) dan gas asli cecair (LNG). – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sapporo alami musim panas paling awal

    TOKYO, 15 APRIL - Suhu di bandar utara Jepun, Sapporo melepasi 25 darjah Celsius, catatan paling awal dalam mana-mana tahun dalam rekod, kata seorang...