Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    Sri Lanka naikkan tarif elektrik 264 peratus

    COLOMBO, 9 OGOS – Sri Lanka menaikkan tarif elektrik sehingga 264 peratus, kenaikan mendadak yang pertama dalam tempoh sembilan tahun dalam usaha Ceylon Electricity Board (CEB) mendapatkan semula sebahagian daripada kerugian terkumpul berjumlah AS$616 juta.

    CEB, syarikat monopoli diuruskan kerajaan memohon kenaikan tarif lebih tinggi melebihi 800 peratus, tetapi pengawal selia mengehadkannya kepada maksimum 264 peratus.

    Dua pertiga daripada 7.8 juta isi rumah yang menggunakan kurang daripada 90 kilowatt sebulan akan terjejas oleh kenaikan tertinggi, manakala pengguna dengan kadar penggunaan lebih besar akan membayar kira-kira 80 peratus lebih, menurut rekod rasmi.

    Pengguna dengan kadar penggunaan rendah ketika ini dikenakan caj 2.50 rupee seunit sebelum dinaikkan kepada 8 rupee manakala pengguna yang lebih besar, yang dicaj 45 rupee seunit, perlu membayar 75 rupee.

    Sri Lanka sedang menghadapi krisis ekonomi terburuk selepas kehabisan rizab pertukaran asing untuk membiayai import yang paling penting seperti makanan, bahan api dan ubat-ubatan.

    Negara berkenaan juga menghadapi hiperinflasi dan terputus elektrik yang berpanjangan selepas CEB tidak dapat membeli minyak untuk penjana kuasa habanya.

    Tidak mampu membayar balik hutang asingnya berjumlah AS$51 bilion, kerajaan mengisytiharkan ia mungkir pada April dan sedang berunding dengan Tabung Kewangan Antarabangsa untuk menyelamatkannya. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...