Friday, April 19, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Sri Lanka rayu bekalan minyak Rusia

    COLOMBO, 6 JULAI – Sri Lanka telah meminta Rusia untuk membekalkan minyak dan menyambung semula operasi penerbangan pelancongan untuk membantu negara itu menangani krisis ekonomi yang tidak pernah berlaku dahulu, kata Presiden Gotabaya Rajapaksa hari ini.

    Negara itu sudah berbulan-bulan dalam kegelapan tanpa bekalan elektrik, berdepan inflasi dan kekurangan makanan yang teruk dan petrol selepas kehabisan mata wang asing untuk membiayai import.

    Rajapaksa berkata dia telah berbincang dengan rakan sejawatannya dari Rusia, Vladimir Putin untuk membekalkan minyak bagi negaranya dalam bentuk pinjaman dan merayu penyambungan semula perkhidmatan penerbangan antara Moscow dan Colombo.

    “Kami sebulat suara bersetuju untuk memperkukuhkan hubungan dua hala dalam sektor-sektor utama seperti pelancongan, perdagangan dan budaya dalam memperkukuhkan persahabatan dua negara.”

    Aeroflot menangguhkan penerbangan bulan lalu selepas mahkamah Sri Lanka menahan sebuah Airbus armada syarikat penerbangan milik kerajaan berhubung pertikaian bayaran.

    AS dan Kesatuan Eropah telah mengenakan sekatan ke atas minyak Rusia sebagai tindak balas kepada serangan negara itu terhadap Ukraine pada Februari lalu.

    Sri Lanka telah membeli sekitar 90,000 tan minyak mentah Siberia pada Mei menerusi orang tengah di Dubai, namun kehabisan dolar untuk membeli bekalan lebih banyak lagi.

    Rusia dan Ukraine antara sumber utama pelancongan buat Sri Lanka sebelum konflik pencerobohan itu bermula. – AFP

    Para petani menyertai bantahan antikerajaan menuntut peletakan jawatan Presiden Sri Lanka, Gotabaya Rajapaksa berhubung krisis ekonomi negara itu di Colombo pada 6 Julai. Susulan krisis tersebut, presidennya meminta Rusia untuk membekalkan minyak. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...