Sri Lanka rayu kakitangan kerajaan derma gaji Mei

COLOMBO, 7 MEI – Sri Lanka hari ini merayu kepada 1.5 juta kakitangan kerajaan untuk mendermakan gaji Mei mereka kepada kerajaan untuk merangsang ekonomi yang bergolak akibat pandemik koronavirus dan perintah berkurung berminggu-minggu lamanya.

Negara pulau itu bergelut untuk pulih daripada pengeboman Easter tahun lalu yang membunuh 279 orang sekali gus memusnahkan industri pelancongan apabila virus itu melanda awal tahun ini.

Dalam rayuan yang dihantar kepada jabatan-jabatan kera-jaan, pegawai perkhidmatan awam P.B. Jayasundara menyeru semua pekerja sektor awam – termasuk anggota angkatan bersenjata dan polis – untuk mengorbankan gaji mereka atas ‘tanggungjawab sosial’.

“Beberapa bulan lalu anda tidak dapat membuat perjalanan, membeli-belah.

“Banyak perbelanjaan telah dihentikan,” kata Jayasundara dalam surat yang disaksikan oleh AFP. – AFP