ISTANBUL, 22 MAC – Sri Lanka bakal menerima bayaran pertama sebanyak AS$330 juta daripada keseluruhan AS$3 bilion dana Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) bagi membantu negara Asia Selatan itu menangani masalah kewangan.
Dalam kenyataan pada lewat kelmarin, IMF memaklumkan bahawa pengaturan 48 bulan di bawah Kemudahan Dana Lanjutan (EFF) itu dijangka memangkinkan kewangan luar baharu termasuk daripada Bank Pembangunan Asia dan Bank Dunia.
]Pada Isnin, IMF meluluskan permohonan dana bernilai AS$2.9 bilion untuk Sri Lanka yang gagal membayar hutang asingnya pada April lalu. Negara itu kini menghadapi krisis kewangan terburuk dalam tempoh beberapa dekad akibat salah urus ekonomi dan kesan pandemik COVID-19.
Ia merupakan dana ke-17 IMF untuk Sri Lanka dan yang ketiga sejak perang saudara selama beberapa dekad yang berakhir pada 2009. – Bernama