Thursday, April 25, 2024
26.3 C
Brunei

    -

    Sri Lanka terima bekalan makanan, ubat dari India

    COLOMBO, 24 JUN – Sri Lanka menerima bekalan beras dan ubat-ubatan dari India hari ini, ketika negara itu berdepan dengan krisis ekonomi terburuk yang mengakibatkan bekalan keperluan asas di pasar raya dan rak-rak di farmasi kosong.

    Kekurangan mata wang asing yang kritikal mengakibatkan Sri Lanka tidak mampu untuk membayar makanan, minyak dan ubat-ubatan yang diimport bagi memenuhi permintaan sejak penghujung tahun lalu, mengakibatkan kesusahan yang semakin berleluasa.

    Kira-kira 22 juta orang penduduk negara itu juga tidak mempunyai bekalan tenaga api yang berpanjangan dan inflasi telah menjejaskan perbelanjaan isi rumah.

    India menambah pinjaman AS$1.5 bilion bagi membolehkan Sri Lanka untuk memenuhi keperluan makanan dan tenaga, dan penghantaran pada hari ini disusuli dengan kedatangan pakar-pakar dari India untuk menghulurkan bantuan.

    “Kedua-dua pihak telah membincangkan secara panjang lebar tindakan pada masa depan mengenai program bantuan India untuk menstabilkan dan menghidupkan semula ekonomi Sri Lanka,” kata pejabat Presiden Sri Lanka, Gotabaya Rajapaksa selepas mengadakan pertemuan.

    Kekurangan bekalan petrol telah menyebabkan Sri Lanka lumpuh minggu ini, dengan parlimen ditutup selama dua hari bagi menjimatkan penggunaan minyak.

    Sementara itu, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) minggu lalu merayu bagi bantuan makanan kecemasan selepas tinjauan menunjukkan empat daripada lima penduduk negara itu tidak mengambil makanan bagi menangani krisis. – AFP

    Pengguna kenderaan beratur untuk membeli minyak di stesen minyak di Pugoda, Sri Lanka.- AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...