Thursday, April 18, 2024
24 C
Brunei

    -

    Sri Lanka tutup sementara kilang penapisan minyak

    NEW DELHI, 7 OKT – Sri Lanka hari ini menutup sementara kilang penapisan minyak Sapugaskanda disebabkan kekurangan pertukaran asing untuk mendapatkan minyak mentah bagi kemudahan itu.

    “Kilang Penapisan Sapugaskanda akan ditutup bermula hari ini kerana kekurangan dalam pertukaran mata wang asing untuk kargo minyak mentah,” kata Menteri Kuasa dan Tenaga Kanchana Wijesekara.

    Bagaimanapun, tidak akan berlaku kekurangan dalam produk bertapis kerana Ceylon Petroleum Corporation (CPC) yang dikendalikan kerajaan menyimpan stok yang mencukupi untuk semua produk dan Bank Pusat Sri Lanka (CBSL) telah menyediakan keperluan pertukaran asing mingguan untuk produk bertapis, tambahnya.

    Kekurangan mata wang asing yang kukuh untuk pembayaran dua kargo minyak mentah yang  digunakan di kilang penapisan membawa kepada penutupan kilang itu, kata Wijesekara.

    Kilang penapisan yang beroperasi sejak 52 tahun lalu mampu menapis 50,000 tong minyak mentah setiap hari.

    “Sebaik sahaja mata wang asing mencukupi untuk CPC, kargo minyak mentah 100,000 MT (tan metrik) ESPO yang berlabuh di perairan Sri Lanka sejak 10 hari lalu akan dipunggah,” kata menteri itu. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gempa bumi 6.3 magnitud di Jepun cederakan 8 orang

    TOKYO, 18 APRIL – Lapan orang dilaporkan cedera hari ini selepas gempa bumi berukuran 6.3 magnitud melanda barat daya Jepun, tetapi tiada kerosakan besar...