Friday, April 19, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    SRK sengaja difitnah warganet?

    Pelakon popular Bollywood, Shah Rukh Khan (SRK) telah dituduh oleh segelintir warganet dengan sengaja seperti meludah ke atas mayat penyanyi lagenda, Lata Mangeshkar ketika upacara penghormatan terakhir mendiang.

    Bagaimanapun, tindakan itu disangkal sekeras-kerasnya oleh ahli politik Sanjay Raut yang menyifatkan warganet sengaja mengeruhkan keadaan dan memfitnah bintang Bollywood itu.

    “Ia adalah memalukan apabila sesetengah individu sengaja mengecam SRK. Sesetengah mereka sengaja berbuat demikian untuk tujuan politik atau unsur agama walaupun negara sedang bersedih dengan pemergian Lata. Kami kenal siapa pihak tersebut dan tidak perlu didedahkannya,” ujar Sanjay.

    Difahamkan, menurut Hindustan Times, SRK dan pengurusnya, Pooja Dadlani tiba di Shivaji Park, Mumbai bagi memberikan penghormatan ke atas Lata.

    Ketika upacara tersebut, SRK menadahkan kedua-dua tangan manakala Pooja menutup rapat kedua-dua tangannya bagi membacakan doa mengikut agama masing-masing. Usai membacakan doa, SRK meniup ke udara seolah-olah turut meniup doa yang dititipkannya namun disangka segelintir pihak telah meludah ke atas Lata.

    Bukan itu sahaja, SRK turut memberi bunga serta menyentuh jari kaki mendiang sebagai simbolik penghormatan terakhir. Disebabkan tuduhan tersebut, peminat tampil mempertahankan bintang popular itu. – Agensi

    Shah Rukh Khan telah dituduh oleh segelintir warganet tidak menghormati mayat mendiang penyanyi lagenda, Lata Mangeshkar ketika upacara penghormatan terakhirnya. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...