Friday, April 19, 2024
23.5 C
Brunei

    -

    SsangYong eksport 170,000 kenderaan kepada firma Arab

    SEOUL, 29 SEPT – SsangYong Motor Co, pembuat kereta SUV Korea Selatan, pada Khamis memaklumkan syarikat itu akan mengeksport kira-kira 170,000 kenderaan kepada sebuah syarikat Arab Saudi menjelang 2030 dalam bentuk unit pemasangan tempatan (KD), lapor Yonhap.

    Pada Januari, SsangYong Motor menandatangani perjanjian pembekalan KD dengan Saudi National Automobiles Manufacturing Co (SNAM) untuk tempoh tujuh tahun mulai 2023.

    Menerusi perjanjian itu, SsangYong pada peringkat awal akan membekalkan unit KD kepada kilang SNAM untuk pemasangan tiga model SsangYong – Rexton Sport baharu, Rexton Sports Khan baharu dan SUV Rexton serba baharu, menurut kenyataan SsangYong. 

    SNAM merancang memulakan pengeluaran model SsangYong mulai  2023 dan menyasarkan untuk mengeluarkan sehingga 30,000 unit setahun berdasarkan pengembangan kilang itu.

    SsangYong merancang menghantar unit KD yang akan dipasang di kilang Saudi kepada 90,000 unit Rexton Sport baharu dan SUV Rexton Sports Khan baharu dan 79,000 unit SUV Rexton baharu dalam tempoh tujuh tahun.

     SNAM pula akan membina kilang pembuatan kereta pertama Arab Saudi untuk memasang model SsangYong menerusi perjanjian pengeluar peralatan asal dengan pembuat kereta itu, menurut SsangYong. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Pengawal dari Pakistan tuntut kewarganegaraan

    SYDNEY, 18 APRIL - Perdana menteri Australia hari ini berkata beliau akan mempertimbangkan untuk memberikan kewarganegaraan kepada seorang pengawal keselamatan Pakistan yang cedera dalam...