Sunday, March 23, 2025
28.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    SSB henti operasi ladang, pekerja positif

    TAWAU, 23 MAC – Sabah Softwoods Berhad (SSB) mengambil langkah drastik menutup operasi sebuah daripada ladangnya iaitu Ladang Bukit Batu di Kalabakan, dekat sini, berikutan tujuh pekerjanya disahkan positif COVID-19 dan sedang mendapatkan rawatan di Hospital Tawau.

    Ketua Pegawai Eksekutifnya Hattah Jaafar ketika ditemui Bernama di pejabatnya di sini, hari ini, berkata, tindakan itu diambil bagi mengelakkan lebih ramai pekerja ladang itu dijangkiti wabak berkenaan.

    “Pada ketika ini, seramai tujuh pekerja ladang telah disahkan positif COVID-19 dan sedang mendapatkan rawatan di Hospital Tawau, manakala lima lagi (pekerja) sedang dikuarantin di kem (ladang) berkenaan,” katanya. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda